WEBINAR KIS: Penjelajah Siber – Elak Perangkap Digital
5 April 2026 | Aktiviti TerkiniKempen Internet Selamat (KIS) meneruskan usaha mendidik masyarakat tentang keselamatan digital melalui webinar bertajuk Penjelajah Siber: Elak Perangkap Digital.Sesi ini akan membincangkan pelbagai bentuk perangkap di alam siber seperti penipuan dalam talian, pautan berbahaya, pencurian identiti, dan serangan siber yang sering berlaku tanpa disedari. Peserta akan didedahkan kepada strategi praktikal untuk melindungi diri, termasuk mengenal pasti tanda-tanda amaran, mengurus kata laluan dengan selamat, serta membina budaya komunikasi digital yang sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: